Sabtu lepas, selepas bermain bola sepak, Sam Kanizay berasa kakinya sakit lalu dia memutuskan untuk merendam kakinya pantai. Kira-kira 30 minit kemudian, pemain berusia 16 tahun berjalan keluar dari air dan mendapati kakinya dipenuhi dengan beratus-ratus lubang halus dan pendarahan yang banyak. Apabila pulang ke rumah, ibu bapanya segera membawanya ke hospital.
Bapa Kanizay ini, Jarrod berkata, kakitangan hospital tidak mengetahui jenis makhluk yang boleh menyebabkan kecederaan tersebut. Jadi Jarrod kembali ke pantai malam berikutnya dengan jaring penuh dengan daging dan telah menangkap haiwan yang dipercayai mungkin bertanggungjawab ke atas kejadian yang menimpa anak beliau. Beliau mengambil video yang menunjukkan puluhan makhluk serangga kecil sedang memakan ketulan daging tersebut.
Tetapi Thomas Cribb, seorang pakar parasit dari University of Queensland, berkata ia adalahsangat luar biasa untuk amphipods menyebabkan pendarahan yang banyak itu.
"Ia bukan satu parasit yang saya pernah jumpa," katanya.
Sementara itu, pakar marin Michael Brown percaya serangga kecil pemakan daging di dalam video itu boleh jadi adalah larva obor-obor.
"Saya tidak pernah melihat keadaan seperti ini," katanya kepada program Sunrise Channel Seven.
PTB: Seram siot! Niat nak rendam kaki, sekali jadi habuan makhluk lain. Nasib baik kaki je, kalau dia mandi terus? Agak-agak apa yang jadi?
No comments:
Post a Comment