Sebelum pergi terus ke cara menghilang kelemumur, seharusnya kita perlu mengetahui beerkenaan kelemumur terlebih dahulu.

Sebab

Kelemumur berlaku bila seseorang itu mengalami pertukaran kulit kepala baru dua kali lebih pantas dari yang sepatutnya. Jangka masa normal untuk kulit kepala bertukar kulit baru adalah 28 hari. Tapi untuk sesetengah orang, dia hanya memerlukan 11 hari sahaja untuk kulit kepalanya bertukar baru. So, belum sempat kulit yang lama mengelupas habis, kulit yang baru pula mengelupas lagi. Itulah punca utama terjadinya kelemumur.

Punca lain pula adalah kerana pertumbuhan kulat jenis Pitirosporum Ovale yang biasa terdapat pada kulit dan kulit kepala. Penghasilan sebum (minyak semula jadi) yang terlalu berlebihan juga punca utama kulat ni semakin aktif untuk tumbuh. Sebab lain adalah disebabkan perubahan hormon selepas mencapai usia akil baligh dan kulit kepala yang terlalu berminyak.
Faktor-faktor lain yang menyumbangkan kepada pembentukan kelemumur:
  • Jarang bersyampu atau tidak membilas rambut dengan sempurna.
  • Penggunaan penyembur rambut atau gel yang terlalu kerap.
  • Penggunaan penyembur rambut atau gel yang tidak serasi.
  • Penggunaan pewarna rambut yang tidak betul.
  • Pengeluaran minyak yang berlebihan.
  • Tekanan perasaan.
  • Daya imuniti yang rendah.
  • Kulit kepala yang kering dan berkeruping.
Langkah yang perlu diambil sebelum berubat adalah kenal pasti punca kelemumur anda. Ini, supaya kelemumur yang hilang tidak kembali. Jika rambut anda sensitif terhadap sesautu jenis produk rambut, berhenti gunakannya.

Tip Menghilangkan Kelemumur

Limau Nipis/Limau Kasturi

  • Ambil limau kasturi/limau nipis. Belah kepada beberapa bahagian. Gosokkan pada kulit kepala, jangan terlalu kuat, kang tersiat pulak kulit tu. Lepas tu, ambil tuala suam, tutupkan. Basuh dan keringkan selepas 30 minit. Ulang sampai anda puas hati.

Garam

  • Ambil segenggam garam dan letakkan dalam piring. Masukkan sedikit air, sekadar membasahkan sahaja. Guna tangan, lumurkan pada kulit kepala. Biarkan seketika. Apabila dah kering, basuh rambut sebersih-bersihnya. Ulang sampai puas hati.

Bawang Merah

  • Ambil 2-3 ulas bawang merah. Belah dua dan lumurkan pada kulit kepala. Seeloknya, rambut biarlah pendek. Biarkan selama 30 minit. Basuh dan bilas. Ulang sampai puas hati.

Cara Menghilangkan Kelemumur

No comments:

Post a Comment