SHOPPING!!!! Mesti ramai yang suka kan???? Tapi di zaman kegawatan ni, ada lagi ke yang shopping gila-gila? Mesti ada! Sebab dah ramai yang kaya sekarang ni, walaupon GST dah dilaksanakan. Bagi yang kurang berkemampuan tu, tak jadi masalah kalau nak shopping, tapi kena lah beringat.
Meh sini, nak kongsikan tips untuk berbelanja pakaian yang nampak macam mahal tapi harga yang murah.... nak jimat katakan. Nak beli baju, tak payah nak ke tempat-tempat high class. Tempat-tempat murah dah cukup, kalau kita tahu cara mencari barang yang berkualiti.
* Cari gedung-gedung yang famous dengan jualan murah, lagi baik kalau yang jenis gudang, atau syarikat yang membeli dan menjual secara borong. Sebagai contoh, TESCO, MYDIN dan lain-lain.
* Pilih kain yang kita mahu - Jangan la sebab nak murah kualiti kain di downgrade-kan. Walaupon murah, tak semestinya tiada kain yang elok. Mentang-mentang kain ala-ala kain payung tu murah, janganlah korang beli yang tu untuk dipakai, panas la. Beli la yang selesa. Jangan pula mengidam kain sutera, dah semestinya mahal.
* Periksa jenis benang yang digunakan dan kualiti jahitan - Yang ni memang kena periksa masa nak beli. Tengok jenis benang yang digunakan. Kalau nampak nipis, nampak lama tu, lupakan jer la. Bukan apa, sekali tertarik, dah terputus jahitan dia. Yang ni selalu ada masalah kalau nak beli seluar. So, tips dia, semasa pemeriksaan tersebut, periksa di celah kelangkang seluar, tarik sedikit untuk tengok kualiti benang. Kalau nampak jahitan tak kemas tu, tak payah beli.
* Cari yang ada offer - Contohnya kalau di Brands Outlet, memang ada offer Buy 2 @ RM50, Buy 3 @ RM100.
* Membeli masa ada perayaan - Mestilah harga lebih murah sebab promosi.
* Shopping masa YES (Year End Sale). Masa ni la syarikat nak habiskan stok lama mereka. Siap boleh dapat 70% Diskaun.
Tips Membeli Pakaian Murah
By Admin
Kadang-kadang, kalau korang nak buat kerja yang terpaksa guna software, tetiba software tu takde. Tak pon kena install dulu. Mesti jadi malas kan. Meh gua senaraikan sedikit dan tak la banyak mana, Laman Web yang korang boleh gunakan untuk menggantikan software tersebut.
- Nak download Youtube?
- Nak edit gambar?
- Nak convert PDF kepada Image?
- Nak convert pelbagai benda?
- Tak tahu kod warna yang anda mahukan?
Korang Tau Tak? Edisi Laman Sesawang Berguna
By Admin
Mai sini nak cerita sikit la.... tak la banyak.... sikittttt ja..... mungkin korang semua dah tau, mungkin ada yang tak tau. Zaman-zaman moden ni, nak cari kerja punya la susah. Betul tak? Meh nak kongsikan sedikit la apa orang kata, tips untuk korang nak memohon pekerjaan.
Yang pertama, yang ni memang basic la.... korang kena la isi yang ni..
1) SPA - Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.
Isi borang SPA8i <---ni. Yang ni untuk kerja ngan gomen ye (government). Ni nak bagitau, lepas isi yang ni, korang tak payah la nak mengeluh dapat ke tak. Beribu mungkin berjuta rakyat Malaysia memohon SPA ni. So, kita sebagai salah seorang dari berjuta tu, doa je la. Tak payah la berharap sangat, apa orang kata..... kalau ada rezeki, tak kemana perginya rezeki tu.
Dah isi mende ni, tak payah check sentiasa. Selalunya, kalau korang dapat panggilan, diaorang akan hantar email atau mesej.
2) Jobstreet
Ini laman sesawang untuk mendapatkan kerja swasta. Sekarang ni, Jobstreet ni cukup hangat di kalangan pencari kerja, daftar ja. Yang ni, korang kena selalu tengok. Bukan apa, setiap hari banyak jawatan baru kat dalam ni, selalu la search jawatan yang korang nak.
3) JobsMalaysia
Yang ni sama macam Jobstreet , fokusnya pada swasta. Yang lebihnya, kadang-kadang Temuduga Askar, Polis dan seangkatan dengannya akan diberitahu dalam ni. So, isi je la mende ni, tak rugi pon.
Yang kedua.... yang ni inisiatif korang la....
1) Korang like page atau group Facebook yang berkaitan kerja kosong. Berlambak dalam Facebook tu. Search ja.
2) Kadang-kadang, page dan group Facebook tersebut akan bawak anda ke blog, follow la blog tersebut.
3)Korang Google jer la. Guna keywords yang tepat, contohnya "Jawatan kosong kerani Perak 2015".... dan seangkatan dengannya lah.
Yang ketiga..... JOB FAIR.
Alert dengan Job Fair, Temuduga Terbuka Walk-In Interview. Untuk Job Fair bawah Jabatan Tenaga Kerja, korang boleh layari laman web Jabatan Tenaga Kerja untuk tengok tarikh Job Fair.
Yang keempat.... SL1M.
Join la benda ni. Walaupon ianya bukan la 'kerja tetap', sekurang-kurangnya korang dapat pengalaman kerja yang sebenar, boleh la buat modal kalau orang tanya pasal pengalaman kerja. Lagipon, daripada korang menanam anggur kat rumah, baik pergi latihan, elaun pon dapat.
Yang terakhir.... yang ni jarang orang buat
Korang pergi buat Resume, buat salinan dokumen yang penting, dapatkan pengesahan dari Pegawai Kerajaan Gred 41 dan ke atas. Buat banyak-banyak, pastu masukkan dalam sampul surat. Poskan kepada mana-mana pejabat GLC atau Badan Berkanun atau Syarikat atau mana-mana la yang korang suka. Yang ni orang kata, tembak rambang la, kalau kena Alhamdulillah.
Setakat ni, tu jer la tips yang aku dapat bagi, semoga korang semua berhasil mendapat pekerjaan yang sesuai.
Tips Mencari Kerja
By Admin
Subscribe to:
Posts (Atom)